Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 8 Februari 2012

YB ZAINAB, ADUN GEMAS JUAL TANAH RAKYAT GEMAS?

TANAH RAKYAT DI LONDAH BILA NAK BAGI?

Bila rakyat minta tanah macam-macam alasan kau orang dibagi.
Bila ahli koprat minta tanah cepat je kau orang luluskan.
Kau orang ni wakil rakyat atau wakil koprat?
Kau oarag jangan jadi keparat.
Duit rakyat habis kau orang rembat.
Kau orang jawblah nantin dengan Allah kat AKHIRAT.

Kat nerakalah kau orang semua akan disumbat.
Marilah semua,kita ramai-ramai pakat

UNDI PAKATAN RAKYAT

Jumaat, 3 Februari 2012

POLITIK ISLAM.

ANTARA SYURA DAN DEMOKRASI.

Terdapat satu kenyataan yan mengatakan bahawa demokrasi itu merupakan pelaksanaa semasa terhadap sistem syura yang diperkenalkan oleh islam.Kenyataan ini perlu ditolak kerana ia satu penipuan dan pemalsuan.Pada hakikatnya perbezaan anatara domokrasi dan syura adalah macam langit dan bumi.Antara kedua-dua sistem ini mempunyai perbazaan yang dapat dilihat dalam beberapa perkara seperti berikut:-

1- Syura terbatas kepada perkara-perkara yang tidak ditentukan melalui wahyu, dan tertakluk kepada tiadanya percanggahan dengan al-Quran,hadis dan ijmak serta tidak bercanggah dengan kaedah syariah dan usulnya.Demokrasi pula jelas melampaui hukum Allah.Suara majoriti boleh menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.

2- Anggota majlis syura terdiri daripada orang islam yang adil,ilmuwan,ahli fikir pakar-pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang yang berkaitan.Manakala demokrasi pula bercampur aduk antara yang alim dan yang jahil, antara yang bijaksana dan yang bodoh,para artis-artis dan sesiapa sahaja yang boleh menarik pengundi untuk mengundi mereka.Mereka inilah yang menentukan hala tuju perundangan sama ada menghalalkan atau mengharamkan sesuatu.

3- Dalam sistem syura sesuatu kebenaran itu bukanlah ditentukan oleh suara majoriti, sepertimana firman Allah yang bermaksud "Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi ini,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.  (Surah al-An'am:116). Bahkan kebenaran itu ditentukan berasaskan dalil,hujah dengan mengambil kira usul syariah dan kepentingan awam.Sementara penggunaan suara majoriti dalam sistem demokrasi menyelesaikan masalah tanpa mnegambil kira hujah-hujah syariah dan bukti-bukti akal.

Khamis, 2 Februari 2012

BANYAK KEUNTUNGAN DUDUK DI BAWAH KERAJAAN PEMBANGKANG.


Muhyiddin: Cukuplah rakyat Kelantan ditipu Pas

KUALA KRAI - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kelantan tidak lagi membiarkan mereka terus ditipu kerajaan negeri pimpinan Pas, sebaliknya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib mereka pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Muhyiddin berkata janji-janji Pas pada rakyat Kelantan sejak 1990 iaitu selepas parti itu menawan negeri ini ternyata satu pembohongan dan kerana itu Pas perlu ditolak pada pilihan raya umum nanti.

"Kalau berjanji tidak laksanakannya itu adalah `belawok' (pembohongan). Kalau dalam Islam apa hukumnya kalau berbohong?.
"Soal duniawi dan ukhrawi mesti selari. Ini tuntutan agama dan kalau tidak ada keupayaan tuntutan agama ini tidak kesampaian. Kita (BN) akan buat lebih berkesan daripada Pas. Ini bukan cakap besar atau sombong," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini, hari ini.

Turut hadir isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.Lebih 15,000 rakyat berbilang kaum hadir pada majlis itu di mana Muhyiddin turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 30 penduduk di jajahan itu.

Mengulas perkara itu, Muhyiddin berkata sebanyak RM7.7 juta diperuntukkan untuk BR1M kepada 15,494 penerima di jajahan tersebut.Beliau juga turut mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM2.2 juta bagi membaik pulih cerun bukit di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Chai.

"Ini telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada sekolah ini untuk membaiki cerun bukit itu. Sekolah Cina ke atau Sekolah Tamil ke semuanya sekolah kita dan kerajaan akan bantu semuanya," katanya.

Beliau berkata tidak seperti Pas yang pada satu ketika pernah berjanji untuk memberikan RM100 kepada semua warga emas yang kini tinggal janji sahaja.

"Pada pilihan raya kecil Manik Urai pada 2009, saya ke Masjid Temalir yang dimaklumkan kerajaan negeri tidak berupaya untuk membesarkan masjid dan atas keperihatinan kita telah memperuntukkan RM600,000 bagi membesarkan masjid itu," katanya.

Muhyiddin juga berharap semua pihak bersedia untuk memastikan kemenangan BN di Kelantan.

"Walaupun tarikhnya saya tidak tahu bila tetapi apakah rakyat Kelantan masih mahu kepada Pas lagi dan saya harap tinggallah PAS dan pilihlah BN," katanya.

Sementara itu Mustapa berkata BN telah menunaikan segala janji pada pilihan raya kecil Manik Urai dan dakwaan pembangkang BN gagal berbuat demikian adalah satu fitnah.

"BN telah membesarkan Masjid Temalir, telah membina jambatan baru berharga RM14 juta serta pembinaan pusat belia di Kuala Krai dan semua pihak perlu berganding bahu untuk memastikan BN kembali menguasai Kelantan pada pilihan raya umum ini," kata beliau. - Bernama

INILAH UNTUNGNYA DUDUK DI BAWAH PEMERINTAHAN PEMBANGKANG.TAK MINTAK PUN DAPAT.TAPI DUDUK DI BAWAH PEMERINTAHAN UMNO/BN, BANYAK KALI MINTAK TAK DAPAT PUN.PERUNTUKAN BERJUTA-JUTA YANG KERAJAAN BAGI TU BUKAN DUIT UMNO/BN.DUIT RAKYAT.MEMANG PATUT PUN DIA BAGI.BUKAN SURUH PERGI SHOPING KAT LUAR NEGARA.BUKAN BAGI KAT ANAK-BERANAK,KAT KERONI DAN PUAK-PUAK DIAORANG JE.BUKAN SURUH DUK PERHABIS DUIT RAKYAT UNTUK TEMPOLOK KAUORANG JE.KALAU TAK TAU TANGUNGJAWAB SEBAGAI PEMERINTAH JANGANLAH JADI PEMIMPIN.SEMUA PUAK-PUAK UMNO/BN NI KENA MASUK PENJARA AGAR BOLEH IKUTI PROGRAM PEMULIHAN TIDAK ULANGI KESALAHAN.

MENTERI-MENTERI LAGI BESAR KESALAHAN DILAKUKAN.


Banduan ikuti program pemulihan tidak ulangi kesalahan

02/02/2012 6:56pm

SHAH ALAM 2 Feb. – Lebih 700 banduan yang mengikuti Program Pemulihan Pemasyarakatan anjuran Jabatan Penjara sejak Mac tahun lalu di lima buah kem tentera didapati tidak melakukan kesalahan berulang selepas dibebaskan dari penjara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.
Beliau berkata, seramai 1,744 orang banduan dipilih mengikuti program itu dengan 665 orang daripada mereka dibebaskan sepenuhnya, manakala 116 orang lagi dibebaskan mengikut sistem parol.
Beliau berkata, menerusi program itu, kesemua banduan terbabit menjalani persediaan dari segi fizikal dan mental selain latihan kemahiran bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran apabila kembali ke dunia luar.
"Latihan kemahiran termasuk secara bersijil turut diberikan dengan kerjasama dari Kementerian Pertahanan, Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Wanita, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia dan pihak swasta,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Abu Seman berkata, kesemua banduan itu ditempatkan di Kem Mahkota, Johor; Kem Syed Sirajuddin, Negeri Sembilan; Kem Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah, Kedah; Kem Desa Pahlawan, Kelantan dan Kem Batu 10, Pahang. – BERNAMA (utusan meloya)



Masukan juga menteri-menteri yang besalah ke dalam penjara agar mereka boleh ikuti program ini.Biar mereka tidak ulangi kesalhan seperti RASUAH, PENYELEWENGAN,SALAHGUNA KUASA,ROMPAK DUIT RAKYAT dan banyak lagilah....

Ahad, 29 Januari 2012

OARANG FELDA WAJIB BACA...


KUALA LUMPUR, 29 Jan:Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa strategi yang digariskan Felda untuk meraih pendapatan RM1.5 bilion setahun selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH), hanyalah janji lisan dan tidak memberi apa-apa jaminan.


Sebaliknya, Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan juga Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad perlu mengemukakan jaminan bertulis mengenai langkah-langkah yang akan diambil Felda sebagai jaminan aset peneroka tidak akan terjejas.


"Ahmad Maslan kata ada strategi untuk dapatkan RM1.5 bilion itu. Tapi itu hanya cakap mulut, tak ada hitam putih.


"Sebab itu saya cabar kerajaan kemuka jaminan bertulis, bukti dan fakta supaya kedudukan Felda sebagai institusi tanah terbesar ini diyakini," kata beliau kepada Harakahdaily.


Kelmarin, Ahmad  menafikan Felda akan mengalami defisit 1.2 hingga 1.5 bilion seperti yang didakwa Anak.


Beliau berkata, antara kaedah yang dipertimbangkan untuk mendapatkan pendapatan RM1.5 bilion itu ialah melalui pajakan tanah kepada FGVH, yang boleh disifatkan keuntungan bersama kepada Felda dan FGVH.


Ahmad turut menyifatkan Anak mendakwa demikian kerana tidak mendapat maklumat secukupnya mengenai pengapungan Felda Global Ventures Holdings (FGVH).


Mengulas mengenainya, Mazlan berkata, Anak mendakwa demikian berdasarkan fakta-fakta yang diperoleh darpada perjanjian pajakan tanah di antara Felda dan FGVH.


Sehubungan itu, beliau mengulangi pelawaan berdebat dengan Ahmad supaya kedua-dua pihak boleh mengemukakan bukti dan fakta mengenai perbelanjaan Felda.


"Mereka kata kita buat tuduhan melulu, hasut peneroka, sedangkan kita kemukakan apa yang terkandung dalam perjanjian dan apa yang diperoleh daripada pihak pengurusan Felda sendiri.


"Sebab itu saya ulang cabaran debat supaya masing-masing boleh kemuka bukti," katanya.


Tambahnya, penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia dengan mendapat segala kenikmatan daripada Felda hanya akan membuatkan Felda hilang kuasa untuk berdikari seperti sebelum ini.


"Saya nampak strategi yang dikatakan Ahmad itu menyebabkan kuasa terletak di tangan FGVH dan Felda yang sebelum ini menjana pendapatan sendiri, hilang sifat berdikari.


"Dulu Felda dibantu kerajaan, selepas itu menjalankan pengurusan sendiri tapi kini terpaksa bergantung kepada FGVH yang belum tentu berjaya," katanya.