Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 3 Februari 2012

POLITIK ISLAM.

ANTARA SYURA DAN DEMOKRASI.

Terdapat satu kenyataan yan mengatakan bahawa demokrasi itu merupakan pelaksanaa semasa terhadap sistem syura yang diperkenalkan oleh islam.Kenyataan ini perlu ditolak kerana ia satu penipuan dan pemalsuan.Pada hakikatnya perbezaan anatara domokrasi dan syura adalah macam langit dan bumi.Antara kedua-dua sistem ini mempunyai perbazaan yang dapat dilihat dalam beberapa perkara seperti berikut:-

1- Syura terbatas kepada perkara-perkara yang tidak ditentukan melalui wahyu, dan tertakluk kepada tiadanya percanggahan dengan al-Quran,hadis dan ijmak serta tidak bercanggah dengan kaedah syariah dan usulnya.Demokrasi pula jelas melampaui hukum Allah.Suara majoriti boleh menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.

2- Anggota majlis syura terdiri daripada orang islam yang adil,ilmuwan,ahli fikir pakar-pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang yang berkaitan.Manakala demokrasi pula bercampur aduk antara yang alim dan yang jahil, antara yang bijaksana dan yang bodoh,para artis-artis dan sesiapa sahaja yang boleh menarik pengundi untuk mengundi mereka.Mereka inilah yang menentukan hala tuju perundangan sama ada menghalalkan atau mengharamkan sesuatu.

3- Dalam sistem syura sesuatu kebenaran itu bukanlah ditentukan oleh suara majoriti, sepertimana firman Allah yang bermaksud "Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi ini,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.  (Surah al-An'am:116). Bahkan kebenaran itu ditentukan berasaskan dalil,hujah dengan mengambil kira usul syariah dan kepentingan awam.Sementara penggunaan suara majoriti dalam sistem demokrasi menyelesaikan masalah tanpa mnegambil kira hujah-hujah syariah dan bukti-bukti akal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan