Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 8 Februari 2012

YB ZAINAB, ADUN GEMAS JUAL TANAH RAKYAT GEMAS?

TANAH RAKYAT DI LONDAH BILA NAK BAGI?

Bila rakyat minta tanah macam-macam alasan kau orang dibagi.
Bila ahli koprat minta tanah cepat je kau orang luluskan.
Kau orang ni wakil rakyat atau wakil koprat?
Kau oarag jangan jadi keparat.
Duit rakyat habis kau orang rembat.
Kau orang jawblah nantin dengan Allah kat AKHIRAT.

Kat nerakalah kau orang semua akan disumbat.
Marilah semua,kita ramai-ramai pakat

UNDI PAKATAN RAKYAT

Jumaat, 3 Februari 2012

POLITIK ISLAM.

ANTARA SYURA DAN DEMOKRASI.

Terdapat satu kenyataan yan mengatakan bahawa demokrasi itu merupakan pelaksanaa semasa terhadap sistem syura yang diperkenalkan oleh islam.Kenyataan ini perlu ditolak kerana ia satu penipuan dan pemalsuan.Pada hakikatnya perbezaan anatara domokrasi dan syura adalah macam langit dan bumi.Antara kedua-dua sistem ini mempunyai perbazaan yang dapat dilihat dalam beberapa perkara seperti berikut:-

1- Syura terbatas kepada perkara-perkara yang tidak ditentukan melalui wahyu, dan tertakluk kepada tiadanya percanggahan dengan al-Quran,hadis dan ijmak serta tidak bercanggah dengan kaedah syariah dan usulnya.Demokrasi pula jelas melampaui hukum Allah.Suara majoriti boleh menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.

2- Anggota majlis syura terdiri daripada orang islam yang adil,ilmuwan,ahli fikir pakar-pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang yang berkaitan.Manakala demokrasi pula bercampur aduk antara yang alim dan yang jahil, antara yang bijaksana dan yang bodoh,para artis-artis dan sesiapa sahaja yang boleh menarik pengundi untuk mengundi mereka.Mereka inilah yang menentukan hala tuju perundangan sama ada menghalalkan atau mengharamkan sesuatu.

3- Dalam sistem syura sesuatu kebenaran itu bukanlah ditentukan oleh suara majoriti, sepertimana firman Allah yang bermaksud "Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi ini,nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.  (Surah al-An'am:116). Bahkan kebenaran itu ditentukan berasaskan dalil,hujah dengan mengambil kira usul syariah dan kepentingan awam.Sementara penggunaan suara majoriti dalam sistem demokrasi menyelesaikan masalah tanpa mnegambil kira hujah-hujah syariah dan bukti-bukti akal.

Khamis, 2 Februari 2012

BANYAK KEUNTUNGAN DUDUK DI BAWAH KERAJAAN PEMBANGKANG.


Muhyiddin: Cukuplah rakyat Kelantan ditipu Pas

KUALA KRAI - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kelantan tidak lagi membiarkan mereka terus ditipu kerajaan negeri pimpinan Pas, sebaliknya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib mereka pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Muhyiddin berkata janji-janji Pas pada rakyat Kelantan sejak 1990 iaitu selepas parti itu menawan negeri ini ternyata satu pembohongan dan kerana itu Pas perlu ditolak pada pilihan raya umum nanti.

"Kalau berjanji tidak laksanakannya itu adalah `belawok' (pembohongan). Kalau dalam Islam apa hukumnya kalau berbohong?.
"Soal duniawi dan ukhrawi mesti selari. Ini tuntutan agama dan kalau tidak ada keupayaan tuntutan agama ini tidak kesampaian. Kita (BN) akan buat lebih berkesan daripada Pas. Ini bukan cakap besar atau sombong," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini, hari ini.

Turut hadir isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.Lebih 15,000 rakyat berbilang kaum hadir pada majlis itu di mana Muhyiddin turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 30 penduduk di jajahan itu.

Mengulas perkara itu, Muhyiddin berkata sebanyak RM7.7 juta diperuntukkan untuk BR1M kepada 15,494 penerima di jajahan tersebut.Beliau juga turut mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM2.2 juta bagi membaik pulih cerun bukit di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Chai.

"Ini telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada sekolah ini untuk membaiki cerun bukit itu. Sekolah Cina ke atau Sekolah Tamil ke semuanya sekolah kita dan kerajaan akan bantu semuanya," katanya.

Beliau berkata tidak seperti Pas yang pada satu ketika pernah berjanji untuk memberikan RM100 kepada semua warga emas yang kini tinggal janji sahaja.

"Pada pilihan raya kecil Manik Urai pada 2009, saya ke Masjid Temalir yang dimaklumkan kerajaan negeri tidak berupaya untuk membesarkan masjid dan atas keperihatinan kita telah memperuntukkan RM600,000 bagi membesarkan masjid itu," katanya.

Muhyiddin juga berharap semua pihak bersedia untuk memastikan kemenangan BN di Kelantan.

"Walaupun tarikhnya saya tidak tahu bila tetapi apakah rakyat Kelantan masih mahu kepada Pas lagi dan saya harap tinggallah PAS dan pilihlah BN," katanya.

Sementara itu Mustapa berkata BN telah menunaikan segala janji pada pilihan raya kecil Manik Urai dan dakwaan pembangkang BN gagal berbuat demikian adalah satu fitnah.

"BN telah membesarkan Masjid Temalir, telah membina jambatan baru berharga RM14 juta serta pembinaan pusat belia di Kuala Krai dan semua pihak perlu berganding bahu untuk memastikan BN kembali menguasai Kelantan pada pilihan raya umum ini," kata beliau. - Bernama

INILAH UNTUNGNYA DUDUK DI BAWAH PEMERINTAHAN PEMBANGKANG.TAK MINTAK PUN DAPAT.TAPI DUDUK DI BAWAH PEMERINTAHAN UMNO/BN, BANYAK KALI MINTAK TAK DAPAT PUN.PERUNTUKAN BERJUTA-JUTA YANG KERAJAAN BAGI TU BUKAN DUIT UMNO/BN.DUIT RAKYAT.MEMANG PATUT PUN DIA BAGI.BUKAN SURUH PERGI SHOPING KAT LUAR NEGARA.BUKAN BAGI KAT ANAK-BERANAK,KAT KERONI DAN PUAK-PUAK DIAORANG JE.BUKAN SURUH DUK PERHABIS DUIT RAKYAT UNTUK TEMPOLOK KAUORANG JE.KALAU TAK TAU TANGUNGJAWAB SEBAGAI PEMERINTAH JANGANLAH JADI PEMIMPIN.SEMUA PUAK-PUAK UMNO/BN NI KENA MASUK PENJARA AGAR BOLEH IKUTI PROGRAM PEMULIHAN TIDAK ULANGI KESALAHAN.

MENTERI-MENTERI LAGI BESAR KESALAHAN DILAKUKAN.


Banduan ikuti program pemulihan tidak ulangi kesalahan

02/02/2012 6:56pm

SHAH ALAM 2 Feb. – Lebih 700 banduan yang mengikuti Program Pemulihan Pemasyarakatan anjuran Jabatan Penjara sejak Mac tahun lalu di lima buah kem tentera didapati tidak melakukan kesalahan berulang selepas dibebaskan dari penjara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.
Beliau berkata, seramai 1,744 orang banduan dipilih mengikuti program itu dengan 665 orang daripada mereka dibebaskan sepenuhnya, manakala 116 orang lagi dibebaskan mengikut sistem parol.
Beliau berkata, menerusi program itu, kesemua banduan terbabit menjalani persediaan dari segi fizikal dan mental selain latihan kemahiran bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran apabila kembali ke dunia luar.
"Latihan kemahiran termasuk secara bersijil turut diberikan dengan kerjasama dari Kementerian Pertahanan, Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Wanita, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia dan pihak swasta,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Abu Seman berkata, kesemua banduan itu ditempatkan di Kem Mahkota, Johor; Kem Syed Sirajuddin, Negeri Sembilan; Kem Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah, Kedah; Kem Desa Pahlawan, Kelantan dan Kem Batu 10, Pahang. – BERNAMA (utusan meloya)



Masukan juga menteri-menteri yang besalah ke dalam penjara agar mereka boleh ikuti program ini.Biar mereka tidak ulangi kesalhan seperti RASUAH, PENYELEWENGAN,SALAHGUNA KUASA,ROMPAK DUIT RAKYAT dan banyak lagilah....

Ahad, 29 Januari 2012

OARANG FELDA WAJIB BACA...


KUALA LUMPUR, 29 Jan:Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa strategi yang digariskan Felda untuk meraih pendapatan RM1.5 bilion setahun selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH), hanyalah janji lisan dan tidak memberi apa-apa jaminan.


Sebaliknya, Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan juga Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad perlu mengemukakan jaminan bertulis mengenai langkah-langkah yang akan diambil Felda sebagai jaminan aset peneroka tidak akan terjejas.


"Ahmad Maslan kata ada strategi untuk dapatkan RM1.5 bilion itu. Tapi itu hanya cakap mulut, tak ada hitam putih.


"Sebab itu saya cabar kerajaan kemuka jaminan bertulis, bukti dan fakta supaya kedudukan Felda sebagai institusi tanah terbesar ini diyakini," kata beliau kepada Harakahdaily.


Kelmarin, Ahmad  menafikan Felda akan mengalami defisit 1.2 hingga 1.5 bilion seperti yang didakwa Anak.


Beliau berkata, antara kaedah yang dipertimbangkan untuk mendapatkan pendapatan RM1.5 bilion itu ialah melalui pajakan tanah kepada FGVH, yang boleh disifatkan keuntungan bersama kepada Felda dan FGVH.


Ahmad turut menyifatkan Anak mendakwa demikian kerana tidak mendapat maklumat secukupnya mengenai pengapungan Felda Global Ventures Holdings (FGVH).


Mengulas mengenainya, Mazlan berkata, Anak mendakwa demikian berdasarkan fakta-fakta yang diperoleh darpada perjanjian pajakan tanah di antara Felda dan FGVH.


Sehubungan itu, beliau mengulangi pelawaan berdebat dengan Ahmad supaya kedua-dua pihak boleh mengemukakan bukti dan fakta mengenai perbelanjaan Felda.


"Mereka kata kita buat tuduhan melulu, hasut peneroka, sedangkan kita kemukakan apa yang terkandung dalam perjanjian dan apa yang diperoleh daripada pihak pengurusan Felda sendiri.


"Sebab itu saya ulang cabaran debat supaya masing-masing boleh kemuka bukti," katanya.


Tambahnya, penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia dengan mendapat segala kenikmatan daripada Felda hanya akan membuatkan Felda hilang kuasa untuk berdikari seperti sebelum ini.


"Saya nampak strategi yang dikatakan Ahmad itu menyebabkan kuasa terletak di tangan FGVH dan Felda yang sebelum ini menjana pendapatan sendiri, hilang sifat berdikari.


"Dulu Felda dibantu kerajaan, selepas itu menjalankan pengurusan sendiri tapi kini terpaksa bergantung kepada FGVH yang belum tentu berjaya," katanya.

PEMIMPIN YANG TERBAIK.



"PEMIMPIN KAMU YANG TERBAIK IALAH MEREKA YANG      KAMU KASIHI DAN MEREKA MENGASIHI KAMU, KAMU MENDOAKAN MEREKA DAN MEREKA MENDOAKAN KAMU."
HADIS RIWAYAT MUSLIM.

Jumaat, 27 Januari 2012

UMNO/BN DAN UNDANG-UNDANG YANG BERAT SEBELAH....




PUTRAJAYA: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat. 

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

"Apa dah jadi dengan undang-undang di Malaysia sekarang ni.Kalaun yang ada kuasa,ada pangkat,ada gelaran boleh buat salah.Tiada tindakan undang-undang diambil.Tapi kalau yang buat salah tu rakyat biasa wa'ima pun kesalahannya curi telur ayam,tetap diambil tindakan undang-undang.Inilah jadinya bila ungkapan adat perpatih dah diterbalikan("BIAR MATI ADAT JANGAN MATI ANAK").
DI SINI SAYA MENCABAR SEMUA KETUA-KETUA POLIS YANG ADA DI MALAYSIA JIKA BENAR KAMU SEMUA KERJA UNTUK MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG,BUKA FAIL SIASATAN UNTUK SEMUA MENTERI-MENTERI YANG ADA DI MALAYSIA.SIASATLAH MEREKA DEMI MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG.

PEMERINTAHAN KERA.......JAAN.



Bayaran gaji kakitangan awam berdasarkan SSM


KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji penjawat awam mulai Februari akan dibuat berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) selepas kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan. 

Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan pembayaran baki perbezaan gaji Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.
"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat selepas semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012," menurutnya.
Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA. - BERNAMA
 



"INILAH JADINYA BILA DIBAGI TERLALU LAMA MEMERINTAH KERAJAAN KEPADA UMNO/BN.PERANCANGAN TIADA, MACAM MANA NAK MELAKSANAKAN.MEGAH DAN RIAK BILA BUAT PENGUMUMAN KEPADA RAKYAT.BILA SAMPAI MASANYA UNTUK MELAKSANAKAN MACAM-MACAM TERJADI.KENAPA TAK BERBINCANG DULU SEBELUM DIUMUMKAN.PERKARA INI BUKAN MACAM NAK BELI CINCIN ATAU NAK SHOPING KAT BUTIK LUAR NEGARA.INI PERKARA MASA DEPAN PENJAWAT AWAM.PERIUK NASI MEREKA.PENJAWAT AWAM TIADA SAHAM DENGAN TAUKE-TAUKE BESAR.LAINLAH MENTERI-MENTERI,MEREKA ADA 'SYER' DENGAN TAUKE-TAUKE BESAR.SMS JE NAK APA,5MINIT SAMPAILAH.OLEH ITU, AYUHLAH SEMUA PENJAWAT AWAM,KITA TUNTUT KEADILAN DAN HAK KITA.JANGAN BIARKAN MARUAH KITA DILETAKAN DI BAWAH TAPAK KAKI ORANG-ORANG YANG TIADAK SERIUS UNTUK MEMBELA KITA.BANGKITLAH SEMUA, KITA UBAH PEMERINTAHAN YANG SEDIADA.AYUH KITA LAKUKAN TRANFORMASI DALAM P/RAYA KE-13 NANTI."

SYORKAN AGAR PRESIDEN CUEPACS KEMPEN KEPADA PENJAWAT AWAM SOKONG PAKATAN RAKYAT.


CUEPACS kemuka 5 perkara utama semakan semula SBPA


GEORGETOWN: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata lima perkara itu tertumpu kepada aspek keadilan dan kesaksamaan khususnya bagi penjawat awam pada gred 54 dan ke bawah.
Lima perkara terbabit ialah mengkaji semula pindahan gaji bagi gred 54 dan ke bawah; mengekalkan kedudukan kekananan yang ada dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA; mengkaji semula kedudukan gaji penjawat yang sudah lama mencapai tahap gaji maksimum; mengkaji semula kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus dan semak kembali penstrukturan semula di semua peringkat gred.
"Kami harap hasil semakan semula ini akan memberikan keceriaan kepada semua penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas taklimat SBPA kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, di sini, hari ini. 

Omar berkata, beliau juga meminta supaya tiga lagi pegawai tertinggi dalam CUEPACS dibenarkan menyertainya pada mesyuarat pasukan petugas khas SBPA itu.
 

"Sekiranya tiga pegawai saya tidak dibenarkan untuk turut serta dalam mesyuarat itu saya akan tarik diri dari pasukan itu, kerana ia tidak adil bagi saya. Saya adalah wakil kepada 1.3 juta penjawat awam yang lain," katanya.
 

Selain itu katanya, CUEPACS akan membuat sesi jelajah sehingga April depan bagi memberi penerangan kepada penjawat awam mengenai SBPA.
 
"Sekarang ini kita cuma boleh minta semua penjawat awam supaya bersabar dan bertenang, tunggu sehingga tempoh semakan semula selesai," katanya.
 

SBPA yang sepatutnya dilaksanakan bulan ini ditangguhkan sementara bagi memberi peluang kepada pasukan petugas khas menyemak semula skim itu yang dikatakan persatuan penjawat awam sebagai agak kurang adil serta mengelirukan.
 

Pasukan petugas khas itu yang ditubuhkan pada pertengahan bulan ini diberi masa tiga bulan untuk melakukan semakan dan mengemukakan cadangan baru kepada kerajaan. - BERNAMA
 

"Penjawat awam bukan bola yang boleh dipermainkan.Perdana Menteri jangan nak lepas tangan dalam isu ini.Jangan gah masa umumkan dalam pembentangan bajet tapi bila nak melaksanakan nak berdolak dalih.Saya menyeru kepada semua penjawat awam yang bermaruah, ayuh kita beri undi kepada pakatan rakyat.Kita ajar UMNO/BN pada p/raya ke-13."

BERITA KELAKAR....

NEGERI SEMBILAN SETUJU BEKAL AIR KEPADA SELANGOR -MB


HAHAHA.....AIR KAT NOGORI SENDIRI PUN KERUH....HAHAHAHA...MASALAH TAKDO  AIR  SELALU  KAT NOGORI SENDIRI...HAHAHAHA....ADO HATI NAK BAGI AIR...HAHAHA...BAGI AIR KONCING DAN AIR MANI LAAAA....HAHAHAHAHA.......NI SUMO NK CARI PUBLISITI NAK BETANDING LAGI LA NI....HAHAHAHAHA...MACAM MANO LA BULEH JADI MB....HAHAHAHA....ORANG KAMPUNG MB ADO DUDUK KAT BUKIT ROKAN..HAHAHAHA..KAWAN BAIK.....HAHAHAHA....SAMO-SAMO BELAJAR SILAT....HAHAHAHA.....TAPI AHLI PAS....HAHAHAHA...

PANDUAN MEMBUAT REPOT KE SPRM.

AMANAT UNTUK SAHABAT-SAHABAT.


Saya ingin memaklumkan kepada merka-mereka yang ingin membuat repot ke SuaPanRinggitMalaysia (SPRM).Jika kita ingin membuat repot tak perlulah nak panggil media nak canang 1kampung.Buat repot lepas tu mintak salinan repot.Jika buat repot lepas tu panggil media,memang SPRM tak boleh buat tangkapan.Sebab orang yang buat salah sempat nak buang bukti,nak reka cerita,dan macam-macam lagi.

Khamis, 26 Januari 2012

BAUCER BUKU 1MALAYA.SIAPA NAK JUAL BAGITAU SAYA.

MENTERI PENGAJIAN TINGGI BUAT LAPORAN POLIS.


Hari ini ada menteri buat laporan polis ekoran ada pelajar yang menjual baucer buku 1malaya....hahahaha....kelakar bunyi nya....hahahaha..budak-budak tu nak jual ke pe ke lantak diaorang la....hahahaha...duit 250juta orang bagi buat projek lembu dibeli kondo....hahahaha....tak lak nak sibuk kan....
SHAHRIZAT + LEMBU = SHABU....HAHAHAHA....KONDO + KANDANG = KONDANG...HAHAHAHAHA.....

MENANG SORAK FELDA TERGADAI??????


Felda defisit RM1.5 bilion

 Defisit tahunan sebanyak RM1.5 bilion yang akan dialami Felda apabila menyerahkan tanah kepada FGVH.Menurut Perjanjian Pajakan Tanah tersebut, Felda hanya menerima bayaran RM251 juta sahaja setahun setelah Felda menjual semua saham di dalam FGVH.Ini akan membolehkan Felda mendapat wang lebih kurang RM5.9 bilion berdasarkan penilaian FGVH dan berdasarkan 15 peratus keuntungan Operasi Pertanian atau perkongsian keuntungan tahunan yang bergantung kepada harga pasaran minyak sawit mentah.Pendapatan Felda daripada sekitar RM2 hingga 2.3 bilion setahun akan tinggal 508 juta sahaja. Itu pun jika harga komoditi berada di paras stabil seperti sekarang.Manakala perbelanjaan Felda tahun 2010 sahaja mencecah RM1, 980 juta. Felda akan mengalami defisit tahunan sekitar RM1.5 bikion. Siapa yang akan menampung kekurangan pendapatan Felda ini?

Rabu, 25 Januari 2012

AKAN RAMPAS PARLIMEN TAMPIN DAN 2 LG DUN DI DLM PARLIMEN TAMPIN DAN KEKALKAN DUN YG ADA DI BAWAH PAKATAN RAKYAT.

AZAM PAKATAN RAKYAT DLM PRU KE-13.
Pakatan Rakyat Tampin berazam akan rampas paerlimen Tampin dan dua lagi DUN dlm Tampin (Gemencheh dan Gemas) dlm pru ke-13 nanti.Keseluruhan jentera PR Tampin telah bersedia untuk merampas kerusi Parlimen dan Dun yang di kuasai oleh UMNO/BN.
Memandangkan banyak isu yang akan dibongkarkan dlm PRU ke-13 nanti PR Tampin yakin akan menawan kerusi parlimen Tampin dan DUN Gemencheh dan Gemas.Tetapi PR mestilah meletakan calon muka baru dan yg boleh diterima masyarakat setempat.
Dalam risikan yang dibuat ke atas pengundi2 dlm kawasan Tampin rata2 mereka menyatakan mahu muka baru yg dicalonkan terutama di DUN Gemencheh.Rakyat sekarang sudah mahukan perubahan.Mereka dah tak sanggup lg wakil rakyat mereka dari orang2 yg melakukan penyelewengan,rasuah,yang tak bermoral,yg janji dlm P/raya tapi lepas P/raya btg hidung tak nampak.Para kontrekter di Tampin juga kebanyakan mereka sudah mula memberi sokongan kepada PR kerana kebanyakan projek cuma diberikan kepada kroni2 YB sahaja.Kaki tangan kerajaan juga tidak ketinggalan untuk memberikan undi kepada PR dlm PRU nanti.Mereka sering dipergunakan oleh puak2 Umno?bn untuk kepentingan mereka.
Oleh kerana itu PR Tampin akan memastikan calon2 yg bakal bertanding dalam PRU akan datang adalh muka baru dan blh diterima masyarakat semua kaum dan yg penting yg blh bekerja untuk rakyat.PR Tampin akan berusaha dan berazam memastikan kemenangan kepada calon2 mereka di Tampin khususnya dan di Negeri Sembilan amnya.

Sabtu, 21 Januari 2012

ADAT PERPATIH ADAT YANG TERBAIK.

"BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT"


Ungkapan adat "Biar Mati Anak Jangan Mati Adat" ialah tentang undang-undang yang tidak mengenal pangkat dan kedudukan.Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan pasti nakan dihukum,walaupun yang bersalah itu Sultan-Sultan atau kaum kerabatnya,Perdana Menteri atau chulai-chulainya.Bila dah melakukan kesalahan tidak boleh diberi perlindungan.
Ungkapan adat ini telah disalah tafsirkan oleh Datuk Onn pada tahun 1946.Ia pernah menyuarakan sebaliknya "biar mati adat jangan mati anak.".Ungkapan ini seolah-olah ingin melindungi oarang yang melakukan kesilapan.
Oleh kerana itulah, sehingga sekarang pemimpin-pemimpin mahupun chulai-chulai mereka yang melakukan kesalahan tidak diambil tindakan undang-undang.Dalam erti kata lain,Undang-undang di MALAYSIA ini hanya untuk orang-orang kampung (kecuali OKU=Orang Kuat Umno.).Walaupun ia ahli Umno tapi bukan OKU tetap diambil tindakan undang-undang.
Demi untuk membela nasib semua hamba-hambaNYA,saya menyeru kepada semua pengundi-pengundi agar mengundi calon-calon PAS,PKR dan DAP demi memartabatkan dan menegakan undang-undang yang ADIL di negara ini.


PERPATAH PERTITIH


"Jangan jadi bangsa celaka
  Diri sendiri ianya lupa
 Tak tahu aturan lupa agama
 Diberi nasihat masamlah muka
 Lupa diri tak ingat asalnya
 Kepada orang dengkian sahaja
 Syaitan iblis kawan setianya
 Hantu jerangkung saudara maranya
 Pontianak pelesit jiran rapatnya
 Lupa diri lupa ibadat
 Tanah sekangkang hidunya terlaknat
 Hidup bergelumang dalam maksiat
 Orang mengutuk Tuhan melaknat "



Rabu, 18 Januari 2012

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N9.

TONGGAK NAN SEMBILAN.


TONGGAK9:- RAKYAT NAN BUDAYA DAN BERADAT.


ADAT PERPATIH YANG


TAK LAPUK DEK HUJAN
TAK LEKANG DEK PANAS
TAK KUNING DEK KUNYIT
TAK LEMAK DEK SANTAN
TAK HAUS DEK MASA
KOK DIBASUH BERHABIS AIR
KOK DIKIKIS BERHABIS BESI
HUKUM LEMBUT BAK AIR
ADAT PUTIH BAK KAPAS.







KISAH DI TAMPIN HARI INI...

BERAS DAH MULA BERJALAN DI DAERAH TAMPIN.....

Siang tadi masa aku kerja aku ada nampak kenderaan 4x4 yang di ikat bendera dacing.Aku ingatkan dah bubar parlimen..hahahah....tapi mangkuk2 tu bawak beras..hahahah..mungkin nak bagi kat org2 miskin gaknya...hahahaha...Mangkuk2 tu kumpul duit 5tahun nak beli beras nak bagi kat org2 miskin daerah Tampin.....hahahahaha...Sebab tahun2 sebelum ni takda lak aku nampak beras k,susu k,gula k bejalan merata tempat...hahahahaha... .Janji jangan duit RASUAH SAZIMAN korang pakai beli beras dah la....hahahahahah...duit untung petronas dia tak pe..hahahaha....kenapa Saziman tak bagi org2 miskin isi minyak free kat petronas dia...hahahaha.....

MANA MARUAH ORG2 MDT?

MDT DAN LABU2NYA....

Jgnlh jadi burung terkukur wahai org2 MDT...Jgn ikut telunjuk rejim UMNO...Jgn jdi kuda UMNO...apa kejadah korang ikut telunjuk puak2 UMNO ni.Klu terjadi pe2 kat korang diaorg tak tolonglah...klu korang kena tangkap kat SPRM tkde puak2 ni nk tlg korang..apa laa bodoh sangat korang ni..mungkin korang blm jumpa lgi buku dgn ruas.....banyak PENYELEWENGAN yang ko rang buat...
JANGANLAH JUAL MARUAH...
MANA PERGI MARUAH KORANG.....

Selasa, 17 Januari 2012

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN
PILIHAN RAYA UMUM KE 13 (PRU13)

“Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat” - Tonggak Nan Sembilan

Tonggak 1: Rakyat Itu Tuan

1.0 Pentadbiran dan Kewangan Awam

1.1 Mewajibkan Menteri Besar dan Ahli EXCO mengisytiharkan harta.
1.2 Menguruskan kewangan Negeri secara berhemat dan memastikan tiada ketirisan dan pembaziran dalam belanjawan Kerajaan.
1.3 Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek pembangunan sektor awam.
1.4 Menubuhkan Badan Semak dan Tara untuk meningkatkan keamanahan, ketelusan, kebertanggugjawaban dan membasmi rasuah.
1.5 Menangani kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam pentadbiran awam supaya urusan rakyat dengan jabatan dan agensi kerajaan mudah, cepat, telus dan tanpa rasuah dan pilih kasih.
1.6 Mendemokrasikan pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membuka mesyuarat PBT kepada orang ramai.
1.7 Mendemokrasikan pemilihan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK).
1.8 Mewujudkan “Enakmen Kebebasan Maklumat” bagi memberi akses kepada rakyat mendapatkan maklumat awam.

**********
Tonggak 2: Rakyat Nan Senang dan Sejahtera

2.0 Ekonomi

2.1 Membangunkan ekonomi secara seimbang, mewujudkan peluang pekerjaan dan merapatkan jurang pendapatan.
2.2 Mengutamakan projek dan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat secara langsung.
2.3 Membangunkan sektor perumahan dan komersial sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Negeri.
2.4 Membangunan sektor pertanian dengan penekanan kepada pengeluaran makanan, industri pemprosesan makanan dan penyelidikan dan pembangunan pertanian.
2.5 Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pusaka adat.
2.6 Meningkatkan pelaburan langsung dalam sektor industri dengan menawarkan pakej insentif pelaburan seragam kepada pelabur dalam dan luar negara.
2.7 Menggalakkan pembangunan sektor industri kecil dan sederhana.
2.8 Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa.
2.9 Meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik kerajaan Negeri.

**********
Tonggak 3: Rakyat Nan Bertelapak

3.0 Tanah dan Perumahan

3.1 Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).
3.2 Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.
3.3 Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun.
3.4 Mensasarkan setiap keluarga memiliki sebuah rumah kediaman mampu milik.
3.5 Memperkasa dasar penggantian tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan.
3.6 Melindungi kepentingan dan kedudukan Orang Asal.

**********
Tonggak 4: Rakyat Nan Berilmu

4.0 Pendidikan

4.1 Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM.
4.2 Memberi bantuan secara sistematik kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah-sekolah tinggi persendirian.
4.3 Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.
4.4 Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah selatan Semenanjung.

**********
Tonggak 5: Rakyat Nan Berakhlak

5.1 Islam dan Pendidikan Islam

5.1.1 Memperkemas sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen pembasmian kemiskinan.
5.1.2 Memperkemas pentadbiran wakaf.
5.1.3 Meningkatkan peruntukan kewangan tahunan untuk hal ehwal agama Islam.
5.1.4 Menggalakkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat.
5.1.5 Menggalakkan penglibatan ahli qariyah dalam memilih AJK Masjid masing-masing.
5.1.6 Mengembangkan sistem pendidikan sekolah agama rakyat (SAR) secara sistematik.
5.1.7 Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga ke sekolah menengah.
5.1.8 Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur’an.

5.2 Agama-Agama Lain

5.2.1 Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam.
5.2.2 Memberikan peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama bukan Islam.
**********
Tonggak 6: Rakyat Nan Aman dan Mencintai Alam

6.1 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial

6.1.1 Memperkasa mekanisma penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial.
6.1.2 Menambahbaik sistem pencahayaan dan sistem keselamatan di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah.
6.1.3 Memberi insentif kepada majikan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang berkerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka.
6.1.4 Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perbuatan merosakkan kemudahan dan harta awam.

6.2 Alam Sekitar

6.2.1 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan apa jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak alam sekitar dan sosial belum dikemukakan.
6.2.2 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan pembuangan sisa industri bagi mencegah pencemaran sungai, tasik, laut, persekitaran dan udara. 
6.2.3 Menghijaukan persekitaran dengan mewujudkan banyak taman bunga di taman-taman perumahan dan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan raya.
6.2.4 Menjaga kebersihan persekitaran bandar, kampung, kawasan perumahan di estet-estet dan kawasan Felda.
6.2.5 Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindugan hidupan liar, kawasan tadahan air, taman-taman hutan lipur dan rizab hutan bakau di kawasan persisiran pantai.

**********
Tonggak 7: Rakyat Nan Selesa

7.0 Infrastruktur dan Kemudahan Awam

7.1 Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar.
7.2 Meningkatkan mutu jalan-jalan raya di seluruh Negeri Sembilan.
7.3 Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan memastikan mutu air sentiasa tinggi.
7.4 Membina dewan komuniti dan taman rekreasi dan memasang lampu jalan di taman-taman perumahan dan kampung-kampung tradisi, kawasan perumahan estet dan kawasan Felda.
7.5 Mewujudkan zon akses kepada internet secara percuma di seluruh Negeri Sembilan.

**********
Tonggak 8: Wanita di Martabatkan, Rakyat Nan Muda Disayangi, Nan Dizalimi Dibela dan Nan Tua Disantuni

8.1 Wanita dan Keluarga

8.1.1 Menyediakan kemudahan penjagaan anak di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dan menggalakkan majikan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama.
8.1.2 Menubuhkan dana usahawan wanita bagi membantu wanita menceburkan diri di dalam perindustrian dan perniagaan.
8.1.3 Memperkenalkan waktu kerja anjal bagi kaum wanita di sektor awam supaya wanita yang bekerja tidak mengorbankan kesejahteraan keluarga.
8.1.4 Memastikan kaum wanita diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
8.1.5 Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal yang layak.
8.1.6 Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan.
8.1.7 Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.

8.2 Anak Muda

8.2.1 Menyuburkan semangat sukarelawan, khidmat masyarakat dan suka menjelajah di kalangan anak muda.
8.2.2 Mengadakan projek usahawan muda bagi menggalakkan anak muda menceburkan diri dalam perindustrian dan perniagaan.
8.3.3 Mewujudkan pusat perniagaan dan kebudayaan untuk anak muda.
8.2.4 Memastikan anak muda diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
8.2.5 Meningkatkan akses kepada kemudahan-kemudahan sukan milik kerajaan untuk kegunaan anak muda.
8.2.6 Meningkatkan pembangunan sukan. 

8.3 Peneroka Felda

8.3.1 Menyokong cadangan mengagihkan tanah Perladangan Felda Sdn. Bhd. kepada generasi kedua peneroka.
8.3.2 Mempercepatkan pengeluaran geran hakmilik tanah kepada peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda.
8.3.3 Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan Felda untuk generasi kedua peneroka.
8.3.4 Bekerjasama dengan Felda menyediakan program pendidikan agama kepada anak-anak peneroka.


8.4 Kebajikan

8.4.1 Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar (warga emas, fakir miskin, golongan berpendaptan rendah, golongan tidak bernasib baik dan orang kurang upaya).
8.4.2 Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas.
8.4.3 Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris).
8.4.4 Memberi bantuan pakaian seragam sekolah bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah. 
8.4.5 Memastikan persekitaran dan prasarana yang akrab OKU di bangunan kerajaan dan menggalakkan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama di premis masing-masing.
8.4.6 Menggalakkan majikan di sektor awam dan swasta memberi pertimbangan istimewa kepada OKU di dalam pengambilan pekerja.
8.4.7 Kerajaan Negeri memberi sumbangan tetap, tertakluk kepada kemampuan kewangan, kepada badan-badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti kebajikan. 

**********
Tonggak 9: Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat

9.0 Seni Budaya dan Adat

9.1 Merakyatkan seni budaya setiap kaum.
9.2 Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat yang terbiar.
9.3 Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.
9.4 Menubuhkan sebuah institusi bagi memperkasakan adat perpatih.

Jumaat, 13 Januari 2012

UMNO BUKAN KAKITANGAN AWAM....

JANGAN JUAL MARUAH KEPADA UMNO....


 PAS mahu satu Jawatankuasa Pilihan Khas dibentuk bagi menyemak semula sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diputuskan untuk ditangguhkan perlaksanaannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar(gambar) berkata, penubuhan jawatankuasa itu penting agar satu badan yang diberi kuasa penuh untuk melihat secara keseluruhan permasalahan yang timbul dalam isu tersebut.

"Seperti kita katakan sebelum ini, kita tetap tuntut Jawatankuasa Pilihan Khas untuk kaji secara keseluruhan dan selesaikan semua masalah berbangkit tentang SBPA ini.

"Kita mahu jawatankuasa ini meneliti dan menyusun semula struktur gaji kakitangan ini," katanya kepada Harakahdaily.

Mahfuz berkata, tangga gaji kakitangan awam ditentukan kumpulan Jusa dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), manakala Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pula tidak mempunyai kuasa untuk mempertaikaikan keputusan yang dibuat JPA itu.

Ekoran itu, jika semakan semula hanya melibatkan perbincangan antara Ceupacs dan JPA, ianya dikhuatiri tidak dapat menyelesaikan persoalan berbangkit secara keseluruhannya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan perlaksanaan skim SBPA yang septutnya bermula 1 Januari lalu, ditangguhkan untuk disemak semula.

Keputusan untuk semakan semula itu dibuat selepas perbincangan dengan Ceupacs.

Ceupacs yang merupakan badan induk mewakili 900,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam itu sebelum ini mendakwa tidak dipanggil berbincang berhubung perlaksanaan skim bari itu.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, penangguhan itu sekaligus membenarkan dakwaan PAS sebelum ini bahawa ianya dibuat secara tergesa-gesa tanpa kakitangan awam diberi maklumat sebenar.

Malah lebih dari itu katanya, kerajaan sebelum ini juga menggunakan pendekatan ugutan dan paksaan terhadap kakitangan awam agar menandatangan pertukaran ke skim tersebut.

"Tindakan kerajaan yang membelakangkan Ceupacs sebelum ini adalah sesuatu yang tidak wajar dan menunjukkan kerajaan sebenarnya tidak mesra pekerja.

"Kita juga bimbang penangguhan ini hanya sekadar gimik menjelang pilihan raya, namun selepas pilihan raya semua cadangan JPA ini akan dilaksana semula," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sebelum ini mendedahkan bahawa penjawat awam dalam Kumpulan Premier, yang dianggarkan dalam jumlah sekitar 40 orang, akan menerima gaji antara RM35,000 hingga RM60,000 tidak termasuk elaun tetap, elaun perumahan dan elaun khas pembantu rumah serta lain-lain.

Menurut beliau, penjawat awam dalam kategori satu Kumpulan Premier akan menerima gaji RM60,000, RM45,000 (kategori dua), RM40,000 (kategori tiga) dan RM35,000 (kategori empat).

Sedangkan katanya kakitangan Kumpulan Pelaksana hanya menerima kenaikan sekitar RM80, RM100, RM200.

"Maklumat yang saya terima, mereka yang bergred J54 hanya mendapat kenaikan pada kadar sangat rendah berbanding Jusa C ke atas yang mendapat kenaikan gaji antara RM6,000 hingga RM12,000," katanya.