Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 29 Januari 2012

OARANG FELDA WAJIB BACA...


KUALA LUMPUR, 29 Jan:Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa strategi yang digariskan Felda untuk meraih pendapatan RM1.5 bilion setahun selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH), hanyalah janji lisan dan tidak memberi apa-apa jaminan.


Sebaliknya, Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan juga Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad perlu mengemukakan jaminan bertulis mengenai langkah-langkah yang akan diambil Felda sebagai jaminan aset peneroka tidak akan terjejas.


"Ahmad Maslan kata ada strategi untuk dapatkan RM1.5 bilion itu. Tapi itu hanya cakap mulut, tak ada hitam putih.


"Sebab itu saya cabar kerajaan kemuka jaminan bertulis, bukti dan fakta supaya kedudukan Felda sebagai institusi tanah terbesar ini diyakini," kata beliau kepada Harakahdaily.


Kelmarin, Ahmad  menafikan Felda akan mengalami defisit 1.2 hingga 1.5 bilion seperti yang didakwa Anak.


Beliau berkata, antara kaedah yang dipertimbangkan untuk mendapatkan pendapatan RM1.5 bilion itu ialah melalui pajakan tanah kepada FGVH, yang boleh disifatkan keuntungan bersama kepada Felda dan FGVH.


Ahmad turut menyifatkan Anak mendakwa demikian kerana tidak mendapat maklumat secukupnya mengenai pengapungan Felda Global Ventures Holdings (FGVH).


Mengulas mengenainya, Mazlan berkata, Anak mendakwa demikian berdasarkan fakta-fakta yang diperoleh darpada perjanjian pajakan tanah di antara Felda dan FGVH.


Sehubungan itu, beliau mengulangi pelawaan berdebat dengan Ahmad supaya kedua-dua pihak boleh mengemukakan bukti dan fakta mengenai perbelanjaan Felda.


"Mereka kata kita buat tuduhan melulu, hasut peneroka, sedangkan kita kemukakan apa yang terkandung dalam perjanjian dan apa yang diperoleh daripada pihak pengurusan Felda sendiri.


"Sebab itu saya ulang cabaran debat supaya masing-masing boleh kemuka bukti," katanya.


Tambahnya, penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia dengan mendapat segala kenikmatan daripada Felda hanya akan membuatkan Felda hilang kuasa untuk berdikari seperti sebelum ini.


"Saya nampak strategi yang dikatakan Ahmad itu menyebabkan kuasa terletak di tangan FGVH dan Felda yang sebelum ini menjana pendapatan sendiri, hilang sifat berdikari.


"Dulu Felda dibantu kerajaan, selepas itu menjalankan pengurusan sendiri tapi kini terpaksa bergantung kepada FGVH yang belum tentu berjaya," katanya.

PEMIMPIN YANG TERBAIK.



"PEMIMPIN KAMU YANG TERBAIK IALAH MEREKA YANG      KAMU KASIHI DAN MEREKA MENGASIHI KAMU, KAMU MENDOAKAN MEREKA DAN MEREKA MENDOAKAN KAMU."
HADIS RIWAYAT MUSLIM.

Jumaat, 27 Januari 2012

UMNO/BN DAN UNDANG-UNDANG YANG BERAT SEBELAH....




PUTRAJAYA: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat. 

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

"Apa dah jadi dengan undang-undang di Malaysia sekarang ni.Kalaun yang ada kuasa,ada pangkat,ada gelaran boleh buat salah.Tiada tindakan undang-undang diambil.Tapi kalau yang buat salah tu rakyat biasa wa'ima pun kesalahannya curi telur ayam,tetap diambil tindakan undang-undang.Inilah jadinya bila ungkapan adat perpatih dah diterbalikan("BIAR MATI ADAT JANGAN MATI ANAK").
DI SINI SAYA MENCABAR SEMUA KETUA-KETUA POLIS YANG ADA DI MALAYSIA JIKA BENAR KAMU SEMUA KERJA UNTUK MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG,BUKA FAIL SIASATAN UNTUK SEMUA MENTERI-MENTERI YANG ADA DI MALAYSIA.SIASATLAH MEREKA DEMI MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG.

PEMERINTAHAN KERA.......JAAN.



Bayaran gaji kakitangan awam berdasarkan SSM


KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji penjawat awam mulai Februari akan dibuat berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) selepas kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan. 

Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan pembayaran baki perbezaan gaji Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.
"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat selepas semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012," menurutnya.
Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA. - BERNAMA
 



"INILAH JADINYA BILA DIBAGI TERLALU LAMA MEMERINTAH KERAJAAN KEPADA UMNO/BN.PERANCANGAN TIADA, MACAM MANA NAK MELAKSANAKAN.MEGAH DAN RIAK BILA BUAT PENGUMUMAN KEPADA RAKYAT.BILA SAMPAI MASANYA UNTUK MELAKSANAKAN MACAM-MACAM TERJADI.KENAPA TAK BERBINCANG DULU SEBELUM DIUMUMKAN.PERKARA INI BUKAN MACAM NAK BELI CINCIN ATAU NAK SHOPING KAT BUTIK LUAR NEGARA.INI PERKARA MASA DEPAN PENJAWAT AWAM.PERIUK NASI MEREKA.PENJAWAT AWAM TIADA SAHAM DENGAN TAUKE-TAUKE BESAR.LAINLAH MENTERI-MENTERI,MEREKA ADA 'SYER' DENGAN TAUKE-TAUKE BESAR.SMS JE NAK APA,5MINIT SAMPAILAH.OLEH ITU, AYUHLAH SEMUA PENJAWAT AWAM,KITA TUNTUT KEADILAN DAN HAK KITA.JANGAN BIARKAN MARUAH KITA DILETAKAN DI BAWAH TAPAK KAKI ORANG-ORANG YANG TIADAK SERIUS UNTUK MEMBELA KITA.BANGKITLAH SEMUA, KITA UBAH PEMERINTAHAN YANG SEDIADA.AYUH KITA LAKUKAN TRANFORMASI DALAM P/RAYA KE-13 NANTI."

SYORKAN AGAR PRESIDEN CUEPACS KEMPEN KEPADA PENJAWAT AWAM SOKONG PAKATAN RAKYAT.


CUEPACS kemuka 5 perkara utama semakan semula SBPA


GEORGETOWN: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata lima perkara itu tertumpu kepada aspek keadilan dan kesaksamaan khususnya bagi penjawat awam pada gred 54 dan ke bawah.
Lima perkara terbabit ialah mengkaji semula pindahan gaji bagi gred 54 dan ke bawah; mengekalkan kedudukan kekananan yang ada dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA; mengkaji semula kedudukan gaji penjawat yang sudah lama mencapai tahap gaji maksimum; mengkaji semula kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus dan semak kembali penstrukturan semula di semua peringkat gred.
"Kami harap hasil semakan semula ini akan memberikan keceriaan kepada semua penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas taklimat SBPA kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, di sini, hari ini. 

Omar berkata, beliau juga meminta supaya tiga lagi pegawai tertinggi dalam CUEPACS dibenarkan menyertainya pada mesyuarat pasukan petugas khas SBPA itu.
 

"Sekiranya tiga pegawai saya tidak dibenarkan untuk turut serta dalam mesyuarat itu saya akan tarik diri dari pasukan itu, kerana ia tidak adil bagi saya. Saya adalah wakil kepada 1.3 juta penjawat awam yang lain," katanya.
 

Selain itu katanya, CUEPACS akan membuat sesi jelajah sehingga April depan bagi memberi penerangan kepada penjawat awam mengenai SBPA.
 
"Sekarang ini kita cuma boleh minta semua penjawat awam supaya bersabar dan bertenang, tunggu sehingga tempoh semakan semula selesai," katanya.
 

SBPA yang sepatutnya dilaksanakan bulan ini ditangguhkan sementara bagi memberi peluang kepada pasukan petugas khas menyemak semula skim itu yang dikatakan persatuan penjawat awam sebagai agak kurang adil serta mengelirukan.
 

Pasukan petugas khas itu yang ditubuhkan pada pertengahan bulan ini diberi masa tiga bulan untuk melakukan semakan dan mengemukakan cadangan baru kepada kerajaan. - BERNAMA
 

"Penjawat awam bukan bola yang boleh dipermainkan.Perdana Menteri jangan nak lepas tangan dalam isu ini.Jangan gah masa umumkan dalam pembentangan bajet tapi bila nak melaksanakan nak berdolak dalih.Saya menyeru kepada semua penjawat awam yang bermaruah, ayuh kita beri undi kepada pakatan rakyat.Kita ajar UMNO/BN pada p/raya ke-13."

BERITA KELAKAR....

NEGERI SEMBILAN SETUJU BEKAL AIR KEPADA SELANGOR -MB


HAHAHA.....AIR KAT NOGORI SENDIRI PUN KERUH....HAHAHAHA...MASALAH TAKDO  AIR  SELALU  KAT NOGORI SENDIRI...HAHAHAHA....ADO HATI NAK BAGI AIR...HAHAHA...BAGI AIR KONCING DAN AIR MANI LAAAA....HAHAHAHAHA.......NI SUMO NK CARI PUBLISITI NAK BETANDING LAGI LA NI....HAHAHAHAHA...MACAM MANO LA BULEH JADI MB....HAHAHAHA....ORANG KAMPUNG MB ADO DUDUK KAT BUKIT ROKAN..HAHAHAHA..KAWAN BAIK.....HAHAHAHA....SAMO-SAMO BELAJAR SILAT....HAHAHAHA.....TAPI AHLI PAS....HAHAHAHA...

PANDUAN MEMBUAT REPOT KE SPRM.

AMANAT UNTUK SAHABAT-SAHABAT.


Saya ingin memaklumkan kepada merka-mereka yang ingin membuat repot ke SuaPanRinggitMalaysia (SPRM).Jika kita ingin membuat repot tak perlulah nak panggil media nak canang 1kampung.Buat repot lepas tu mintak salinan repot.Jika buat repot lepas tu panggil media,memang SPRM tak boleh buat tangkapan.Sebab orang yang buat salah sempat nak buang bukti,nak reka cerita,dan macam-macam lagi.

Khamis, 26 Januari 2012

BAUCER BUKU 1MALAYA.SIAPA NAK JUAL BAGITAU SAYA.

MENTERI PENGAJIAN TINGGI BUAT LAPORAN POLIS.


Hari ini ada menteri buat laporan polis ekoran ada pelajar yang menjual baucer buku 1malaya....hahahaha....kelakar bunyi nya....hahahaha..budak-budak tu nak jual ke pe ke lantak diaorang la....hahahaha...duit 250juta orang bagi buat projek lembu dibeli kondo....hahahaha....tak lak nak sibuk kan....
SHAHRIZAT + LEMBU = SHABU....HAHAHAHA....KONDO + KANDANG = KONDANG...HAHAHAHAHA.....

MENANG SORAK FELDA TERGADAI??????


Felda defisit RM1.5 bilion

 Defisit tahunan sebanyak RM1.5 bilion yang akan dialami Felda apabila menyerahkan tanah kepada FGVH.Menurut Perjanjian Pajakan Tanah tersebut, Felda hanya menerima bayaran RM251 juta sahaja setahun setelah Felda menjual semua saham di dalam FGVH.Ini akan membolehkan Felda mendapat wang lebih kurang RM5.9 bilion berdasarkan penilaian FGVH dan berdasarkan 15 peratus keuntungan Operasi Pertanian atau perkongsian keuntungan tahunan yang bergantung kepada harga pasaran minyak sawit mentah.Pendapatan Felda daripada sekitar RM2 hingga 2.3 bilion setahun akan tinggal 508 juta sahaja. Itu pun jika harga komoditi berada di paras stabil seperti sekarang.Manakala perbelanjaan Felda tahun 2010 sahaja mencecah RM1, 980 juta. Felda akan mengalami defisit tahunan sekitar RM1.5 bikion. Siapa yang akan menampung kekurangan pendapatan Felda ini?

Rabu, 25 Januari 2012

AKAN RAMPAS PARLIMEN TAMPIN DAN 2 LG DUN DI DLM PARLIMEN TAMPIN DAN KEKALKAN DUN YG ADA DI BAWAH PAKATAN RAKYAT.

AZAM PAKATAN RAKYAT DLM PRU KE-13.
Pakatan Rakyat Tampin berazam akan rampas paerlimen Tampin dan dua lagi DUN dlm Tampin (Gemencheh dan Gemas) dlm pru ke-13 nanti.Keseluruhan jentera PR Tampin telah bersedia untuk merampas kerusi Parlimen dan Dun yang di kuasai oleh UMNO/BN.
Memandangkan banyak isu yang akan dibongkarkan dlm PRU ke-13 nanti PR Tampin yakin akan menawan kerusi parlimen Tampin dan DUN Gemencheh dan Gemas.Tetapi PR mestilah meletakan calon muka baru dan yg boleh diterima masyarakat setempat.
Dalam risikan yang dibuat ke atas pengundi2 dlm kawasan Tampin rata2 mereka menyatakan mahu muka baru yg dicalonkan terutama di DUN Gemencheh.Rakyat sekarang sudah mahukan perubahan.Mereka dah tak sanggup lg wakil rakyat mereka dari orang2 yg melakukan penyelewengan,rasuah,yang tak bermoral,yg janji dlm P/raya tapi lepas P/raya btg hidung tak nampak.Para kontrekter di Tampin juga kebanyakan mereka sudah mula memberi sokongan kepada PR kerana kebanyakan projek cuma diberikan kepada kroni2 YB sahaja.Kaki tangan kerajaan juga tidak ketinggalan untuk memberikan undi kepada PR dlm PRU nanti.Mereka sering dipergunakan oleh puak2 Umno?bn untuk kepentingan mereka.
Oleh kerana itu PR Tampin akan memastikan calon2 yg bakal bertanding dalam PRU akan datang adalh muka baru dan blh diterima masyarakat semua kaum dan yg penting yg blh bekerja untuk rakyat.PR Tampin akan berusaha dan berazam memastikan kemenangan kepada calon2 mereka di Tampin khususnya dan di Negeri Sembilan amnya.

Sabtu, 21 Januari 2012

ADAT PERPATIH ADAT YANG TERBAIK.

"BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT"


Ungkapan adat "Biar Mati Anak Jangan Mati Adat" ialah tentang undang-undang yang tidak mengenal pangkat dan kedudukan.Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan pasti nakan dihukum,walaupun yang bersalah itu Sultan-Sultan atau kaum kerabatnya,Perdana Menteri atau chulai-chulainya.Bila dah melakukan kesalahan tidak boleh diberi perlindungan.
Ungkapan adat ini telah disalah tafsirkan oleh Datuk Onn pada tahun 1946.Ia pernah menyuarakan sebaliknya "biar mati adat jangan mati anak.".Ungkapan ini seolah-olah ingin melindungi oarang yang melakukan kesilapan.
Oleh kerana itulah, sehingga sekarang pemimpin-pemimpin mahupun chulai-chulai mereka yang melakukan kesalahan tidak diambil tindakan undang-undang.Dalam erti kata lain,Undang-undang di MALAYSIA ini hanya untuk orang-orang kampung (kecuali OKU=Orang Kuat Umno.).Walaupun ia ahli Umno tapi bukan OKU tetap diambil tindakan undang-undang.
Demi untuk membela nasib semua hamba-hambaNYA,saya menyeru kepada semua pengundi-pengundi agar mengundi calon-calon PAS,PKR dan DAP demi memartabatkan dan menegakan undang-undang yang ADIL di negara ini.


PERPATAH PERTITIH


"Jangan jadi bangsa celaka
  Diri sendiri ianya lupa
 Tak tahu aturan lupa agama
 Diberi nasihat masamlah muka
 Lupa diri tak ingat asalnya
 Kepada orang dengkian sahaja
 Syaitan iblis kawan setianya
 Hantu jerangkung saudara maranya
 Pontianak pelesit jiran rapatnya
 Lupa diri lupa ibadat
 Tanah sekangkang hidunya terlaknat
 Hidup bergelumang dalam maksiat
 Orang mengutuk Tuhan melaknat "



Rabu, 18 Januari 2012

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N9.

TONGGAK NAN SEMBILAN.


TONGGAK9:- RAKYAT NAN BUDAYA DAN BERADAT.


ADAT PERPATIH YANG


TAK LAPUK DEK HUJAN
TAK LEKANG DEK PANAS
TAK KUNING DEK KUNYIT
TAK LEMAK DEK SANTAN
TAK HAUS DEK MASA
KOK DIBASUH BERHABIS AIR
KOK DIKIKIS BERHABIS BESI
HUKUM LEMBUT BAK AIR
ADAT PUTIH BAK KAPAS.







KISAH DI TAMPIN HARI INI...

BERAS DAH MULA BERJALAN DI DAERAH TAMPIN.....

Siang tadi masa aku kerja aku ada nampak kenderaan 4x4 yang di ikat bendera dacing.Aku ingatkan dah bubar parlimen..hahahah....tapi mangkuk2 tu bawak beras..hahahah..mungkin nak bagi kat org2 miskin gaknya...hahahaha...Mangkuk2 tu kumpul duit 5tahun nak beli beras nak bagi kat org2 miskin daerah Tampin.....hahahahaha...Sebab tahun2 sebelum ni takda lak aku nampak beras k,susu k,gula k bejalan merata tempat...hahahahaha... .Janji jangan duit RASUAH SAZIMAN korang pakai beli beras dah la....hahahahahah...duit untung petronas dia tak pe..hahahaha....kenapa Saziman tak bagi org2 miskin isi minyak free kat petronas dia...hahahaha.....

MANA MARUAH ORG2 MDT?

MDT DAN LABU2NYA....

Jgnlh jadi burung terkukur wahai org2 MDT...Jgn ikut telunjuk rejim UMNO...Jgn jdi kuda UMNO...apa kejadah korang ikut telunjuk puak2 UMNO ni.Klu terjadi pe2 kat korang diaorg tak tolonglah...klu korang kena tangkap kat SPRM tkde puak2 ni nk tlg korang..apa laa bodoh sangat korang ni..mungkin korang blm jumpa lgi buku dgn ruas.....banyak PENYELEWENGAN yang ko rang buat...
JANGANLAH JUAL MARUAH...
MANA PERGI MARUAH KORANG.....

Selasa, 17 Januari 2012

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN
PILIHAN RAYA UMUM KE 13 (PRU13)

“Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat” - Tonggak Nan Sembilan

Tonggak 1: Rakyat Itu Tuan

1.0 Pentadbiran dan Kewangan Awam

1.1 Mewajibkan Menteri Besar dan Ahli EXCO mengisytiharkan harta.
1.2 Menguruskan kewangan Negeri secara berhemat dan memastikan tiada ketirisan dan pembaziran dalam belanjawan Kerajaan.
1.3 Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek pembangunan sektor awam.
1.4 Menubuhkan Badan Semak dan Tara untuk meningkatkan keamanahan, ketelusan, kebertanggugjawaban dan membasmi rasuah.
1.5 Menangani kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam pentadbiran awam supaya urusan rakyat dengan jabatan dan agensi kerajaan mudah, cepat, telus dan tanpa rasuah dan pilih kasih.
1.6 Mendemokrasikan pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membuka mesyuarat PBT kepada orang ramai.
1.7 Mendemokrasikan pemilihan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK).
1.8 Mewujudkan “Enakmen Kebebasan Maklumat” bagi memberi akses kepada rakyat mendapatkan maklumat awam.

**********
Tonggak 2: Rakyat Nan Senang dan Sejahtera

2.0 Ekonomi

2.1 Membangunkan ekonomi secara seimbang, mewujudkan peluang pekerjaan dan merapatkan jurang pendapatan.
2.2 Mengutamakan projek dan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat secara langsung.
2.3 Membangunkan sektor perumahan dan komersial sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Negeri.
2.4 Membangunan sektor pertanian dengan penekanan kepada pengeluaran makanan, industri pemprosesan makanan dan penyelidikan dan pembangunan pertanian.
2.5 Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pusaka adat.
2.6 Meningkatkan pelaburan langsung dalam sektor industri dengan menawarkan pakej insentif pelaburan seragam kepada pelabur dalam dan luar negara.
2.7 Menggalakkan pembangunan sektor industri kecil dan sederhana.
2.8 Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa.
2.9 Meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik kerajaan Negeri.

**********
Tonggak 3: Rakyat Nan Bertelapak

3.0 Tanah dan Perumahan

3.1 Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).
3.2 Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.
3.3 Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun.
3.4 Mensasarkan setiap keluarga memiliki sebuah rumah kediaman mampu milik.
3.5 Memperkasa dasar penggantian tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan.
3.6 Melindungi kepentingan dan kedudukan Orang Asal.

**********
Tonggak 4: Rakyat Nan Berilmu

4.0 Pendidikan

4.1 Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM.
4.2 Memberi bantuan secara sistematik kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah-sekolah tinggi persendirian.
4.3 Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.
4.4 Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah selatan Semenanjung.

**********
Tonggak 5: Rakyat Nan Berakhlak

5.1 Islam dan Pendidikan Islam

5.1.1 Memperkemas sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen pembasmian kemiskinan.
5.1.2 Memperkemas pentadbiran wakaf.
5.1.3 Meningkatkan peruntukan kewangan tahunan untuk hal ehwal agama Islam.
5.1.4 Menggalakkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat.
5.1.5 Menggalakkan penglibatan ahli qariyah dalam memilih AJK Masjid masing-masing.
5.1.6 Mengembangkan sistem pendidikan sekolah agama rakyat (SAR) secara sistematik.
5.1.7 Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga ke sekolah menengah.
5.1.8 Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur’an.

5.2 Agama-Agama Lain

5.2.1 Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam.
5.2.2 Memberikan peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama bukan Islam.
**********
Tonggak 6: Rakyat Nan Aman dan Mencintai Alam

6.1 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial

6.1.1 Memperkasa mekanisma penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial.
6.1.2 Menambahbaik sistem pencahayaan dan sistem keselamatan di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah.
6.1.3 Memberi insentif kepada majikan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang berkerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka.
6.1.4 Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perbuatan merosakkan kemudahan dan harta awam.

6.2 Alam Sekitar

6.2.1 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan apa jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak alam sekitar dan sosial belum dikemukakan.
6.2.2 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan pembuangan sisa industri bagi mencegah pencemaran sungai, tasik, laut, persekitaran dan udara. 
6.2.3 Menghijaukan persekitaran dengan mewujudkan banyak taman bunga di taman-taman perumahan dan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan raya.
6.2.4 Menjaga kebersihan persekitaran bandar, kampung, kawasan perumahan di estet-estet dan kawasan Felda.
6.2.5 Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindugan hidupan liar, kawasan tadahan air, taman-taman hutan lipur dan rizab hutan bakau di kawasan persisiran pantai.

**********
Tonggak 7: Rakyat Nan Selesa

7.0 Infrastruktur dan Kemudahan Awam

7.1 Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar.
7.2 Meningkatkan mutu jalan-jalan raya di seluruh Negeri Sembilan.
7.3 Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan memastikan mutu air sentiasa tinggi.
7.4 Membina dewan komuniti dan taman rekreasi dan memasang lampu jalan di taman-taman perumahan dan kampung-kampung tradisi, kawasan perumahan estet dan kawasan Felda.
7.5 Mewujudkan zon akses kepada internet secara percuma di seluruh Negeri Sembilan.

**********
Tonggak 8: Wanita di Martabatkan, Rakyat Nan Muda Disayangi, Nan Dizalimi Dibela dan Nan Tua Disantuni

8.1 Wanita dan Keluarga

8.1.1 Menyediakan kemudahan penjagaan anak di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dan menggalakkan majikan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama.
8.1.2 Menubuhkan dana usahawan wanita bagi membantu wanita menceburkan diri di dalam perindustrian dan perniagaan.
8.1.3 Memperkenalkan waktu kerja anjal bagi kaum wanita di sektor awam supaya wanita yang bekerja tidak mengorbankan kesejahteraan keluarga.
8.1.4 Memastikan kaum wanita diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
8.1.5 Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal yang layak.
8.1.6 Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan.
8.1.7 Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.

8.2 Anak Muda

8.2.1 Menyuburkan semangat sukarelawan, khidmat masyarakat dan suka menjelajah di kalangan anak muda.
8.2.2 Mengadakan projek usahawan muda bagi menggalakkan anak muda menceburkan diri dalam perindustrian dan perniagaan.
8.3.3 Mewujudkan pusat perniagaan dan kebudayaan untuk anak muda.
8.2.4 Memastikan anak muda diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
8.2.5 Meningkatkan akses kepada kemudahan-kemudahan sukan milik kerajaan untuk kegunaan anak muda.
8.2.6 Meningkatkan pembangunan sukan. 

8.3 Peneroka Felda

8.3.1 Menyokong cadangan mengagihkan tanah Perladangan Felda Sdn. Bhd. kepada generasi kedua peneroka.
8.3.2 Mempercepatkan pengeluaran geran hakmilik tanah kepada peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda.
8.3.3 Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan Felda untuk generasi kedua peneroka.
8.3.4 Bekerjasama dengan Felda menyediakan program pendidikan agama kepada anak-anak peneroka.


8.4 Kebajikan

8.4.1 Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar (warga emas, fakir miskin, golongan berpendaptan rendah, golongan tidak bernasib baik dan orang kurang upaya).
8.4.2 Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas.
8.4.3 Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris).
8.4.4 Memberi bantuan pakaian seragam sekolah bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah. 
8.4.5 Memastikan persekitaran dan prasarana yang akrab OKU di bangunan kerajaan dan menggalakkan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama di premis masing-masing.
8.4.6 Menggalakkan majikan di sektor awam dan swasta memberi pertimbangan istimewa kepada OKU di dalam pengambilan pekerja.
8.4.7 Kerajaan Negeri memberi sumbangan tetap, tertakluk kepada kemampuan kewangan, kepada badan-badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti kebajikan. 

**********
Tonggak 9: Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat

9.0 Seni Budaya dan Adat

9.1 Merakyatkan seni budaya setiap kaum.
9.2 Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat yang terbiar.
9.3 Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.
9.4 Menubuhkan sebuah institusi bagi memperkasakan adat perpatih.

Jumaat, 13 Januari 2012

UMNO BUKAN KAKITANGAN AWAM....

JANGAN JUAL MARUAH KEPADA UMNO....


 PAS mahu satu Jawatankuasa Pilihan Khas dibentuk bagi menyemak semula sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diputuskan untuk ditangguhkan perlaksanaannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar(gambar) berkata, penubuhan jawatankuasa itu penting agar satu badan yang diberi kuasa penuh untuk melihat secara keseluruhan permasalahan yang timbul dalam isu tersebut.

"Seperti kita katakan sebelum ini, kita tetap tuntut Jawatankuasa Pilihan Khas untuk kaji secara keseluruhan dan selesaikan semua masalah berbangkit tentang SBPA ini.

"Kita mahu jawatankuasa ini meneliti dan menyusun semula struktur gaji kakitangan ini," katanya kepada Harakahdaily.

Mahfuz berkata, tangga gaji kakitangan awam ditentukan kumpulan Jusa dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), manakala Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pula tidak mempunyai kuasa untuk mempertaikaikan keputusan yang dibuat JPA itu.

Ekoran itu, jika semakan semula hanya melibatkan perbincangan antara Ceupacs dan JPA, ianya dikhuatiri tidak dapat menyelesaikan persoalan berbangkit secara keseluruhannya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan perlaksanaan skim SBPA yang septutnya bermula 1 Januari lalu, ditangguhkan untuk disemak semula.

Keputusan untuk semakan semula itu dibuat selepas perbincangan dengan Ceupacs.

Ceupacs yang merupakan badan induk mewakili 900,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam itu sebelum ini mendakwa tidak dipanggil berbincang berhubung perlaksanaan skim bari itu.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, penangguhan itu sekaligus membenarkan dakwaan PAS sebelum ini bahawa ianya dibuat secara tergesa-gesa tanpa kakitangan awam diberi maklumat sebenar.

Malah lebih dari itu katanya, kerajaan sebelum ini juga menggunakan pendekatan ugutan dan paksaan terhadap kakitangan awam agar menandatangan pertukaran ke skim tersebut.

"Tindakan kerajaan yang membelakangkan Ceupacs sebelum ini adalah sesuatu yang tidak wajar dan menunjukkan kerajaan sebenarnya tidak mesra pekerja.

"Kita juga bimbang penangguhan ini hanya sekadar gimik menjelang pilihan raya, namun selepas pilihan raya semua cadangan JPA ini akan dilaksana semula," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sebelum ini mendedahkan bahawa penjawat awam dalam Kumpulan Premier, yang dianggarkan dalam jumlah sekitar 40 orang, akan menerima gaji antara RM35,000 hingga RM60,000 tidak termasuk elaun tetap, elaun perumahan dan elaun khas pembantu rumah serta lain-lain.

Menurut beliau, penjawat awam dalam kategori satu Kumpulan Premier akan menerima gaji RM60,000, RM45,000 (kategori dua), RM40,000 (kategori tiga) dan RM35,000 (kategori empat).

Sedangkan katanya kakitangan Kumpulan Pelaksana hanya menerima kenaikan sekitar RM80, RM100, RM200.

"Maklumat yang saya terima, mereka yang bergred J54 hanya mendapat kenaikan pada kadar sangat rendah berbanding Jusa C ke atas yang mendapat kenaikan gaji antara RM6,000 hingga RM12,000," katanya.

MAKLUMAT UTK ORG FELDA...

JANGAN LEKO DUK ASAH PISAU GOTAH TO.....BACO NI...



PERTAHANKAN HAK DAN KEPENTINGAN  KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD

MUQADDIMAH


Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad(KPF) telah ditubuhkan pada 1hb Julai 1980 di bawah Akta Koperasi 1993(pindaan 2007). Sehingga tahun 2010 mempunyai keahlian seramai 207,913 dengan modal syer anggota sebanyak RM1.46 bilion.  87.81 peratus keahlian datangnya daripada anggota kumpulan peneroka.

Mengikut Undang-Undang Kecil KPF, keanggotaan koperasi ini terbuka kepada:-

a.    Peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak,
b.    Koperasi-koperasi peneroka Felda yang didaftarkan di bawah Akta sebagai koperasi asas atau koperasi menengah,
c.    Kakitangan Felda, isteri dan anak-anak,
d.    Koperasi kakitangan Felda yang berdaftar di bawah Akta.

Apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan dalam Bajet 2012 pada 7hb Oktober 2011 bahawa Felda Global Ventures Holding(FGVH) akan disenaraikan di Bursa Malaysia selewat-lewatnya Jun 2012; bermula suatu episod hitam yang mengganggu ketenteraman Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad.

KRONOLOGI

1.    Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KPF pada 22 hb Jun 2011 telah meluluskan permohonan keahlian Tan Sri Isa Samad untuk menjadi anggota KPF. Mengikut Undang-Undang Kecil KPF beliau tidak layak memperolehi status demikian. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Felda secara kontrak sahaja.

2.    Mesyuarat Agung KPF pada 23 hb Jun 2011 memilih Pengarah Besar Felda, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab sebagai Pengerusi KPF.

3.     Ketua  Setiausaha Sulit Kanan YAB Perdana Menteri  telah menghantar surat bertarikh 15 hb Ogos 2011 kepada Tan Sri Isa Samad bahawa beliau telah dilantik sebagai Pengerusi KPF.

4.    Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah Felda bertarikh 25 hb Ogos 2011 telah bersetuju melantik Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF yang baru. Semasa perbincangan perlantikan Tan Sri Isa Samad; beliau yang merupakan orang yang berkepentingan dan menjadi subjek perbincangan telah tidak keluar meninggalkan mesyuarat; bahkan terus mempengerusikan mesyuarat dalam keadaan mesyuarat itu membincangkan kedudukan peribadinya.

5.    Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah Felda tersebut di atas dibuat tanpa kehadiran Pengarah Besar Felda, Dato’ Dzulkifli Abd Wahab yang juga Pengerusi KPF. Beliau sedang mengerjakan umrah pada tarikh tersebut.

6.    Pada bulan September 2011, Ketua Audit Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) menjalankan siasatan audit ke atas Koperasi-koperasi termasuklah KPF. Di dalam hasil siasatannya, audit SKM mendapati KPF telah melanggar peruntukan-peruntukan di dalam Undang-Undang Kecil KPF kerana menerima keahlian beberapa individu yang hanya berjawatan kontrak di dalam Felda. Antaranya Tan Sri Isa Samad, Tan Sri Yusof Nor, Dato’ Bakkie Salleh dan Dato’ Sabri Ahmad.

7.    Pada 18 hb Oktober 2011; En Abd Rahman Ramli, peneroka Felda Raja Alias 4, Jempol, Negeri Sembilan telah membuat aduan ke SKM berhubung pertikaian status Tan Sri Isa Samad sebagai anggota dan Pengerusi KPF.

8.    Pada 28 hb Oktober 2011, mesyuarat Lembaga Pengarah KPF telah membincangkan laporan audit SKM tersebut dan telah membuat keputusan untuk membatalkan kelulusan keahlian mereka yang dimaksudkan di atas.

9.    Tuan Hj Mat Deris Jusoh, Ketua Sektor Operasi dan Kawal Selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui surat bertarikh 10 hb November 2011 kepada En Abd Rahman Ramli; menjelaskan bahawa Tan Sri Isa Samad belum dilantik sebagai Pengerusi KPF.


10.    Pada 16 hb November 2011, Tan Sri Isa Samad melalui peguam Dato’ Hafarizam Harun telah membuat aduan dan bantahan bertulis kepada SKM bagi membantah keputusan Lembaga Pengarah KPF menggugurkan keahlian beliau.

11.    Pada 23 hb November 2011, dalam tempoh seminggu sahaja selepas aduan dibuat oleh Tan Sri Isa Samad; SKM telah memanggil beberapa orang ahli Lembaga Pengarah KPF untuk hadir ke perbicaraan rujukan pertikaian pada 24 hb November 2011. Surat panggilan perbicaraan hanya diberikan kepada KPF pada petang 23 hb November 2011 tanpa memberikan sebarang butiran lengkap tentang bantahan yang dibangkitkan Tan Sri Isa Samad.

12.    Perbicaraan pertikaian status Tan Sri Isa Samad telah diadakan di SKM pada pagi 24 November 2011. Hanya beberapa jam kemudian SKM  telah membuat keputusan bahawa tindakan Lembaga Pengarah KPF membatalkan keahlian Tan Sri Isa Samad adalah tidak sah dan KPF hendaklah menerima semula Tan Sri Isa Samad sebagai ahli KPF.

13.    Pada 8 hb Disember 2011, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad(KPF) telah mengeluarkan notis Mesyuarat Agung Khas kepada Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalaman, Anggota Perwakilan Individu dan Perwakilan Koperasi Anggota menurut subseksyen 40(1) Akta dan Undang-Undang Kecil 29 Fasal(1) bertarikh 5 hb Januari 2012 bertempat di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur.

14.    Agenda mesyuarat Agung tersebut adalah seperti berikut;-

a.    Cadangan pelupusan ekuiti milik KPF di dalam Felda Holding Bhd dan 10 anak Syarikat milik Felda Holding Bhd kepada Felda Global Ventures Holdings;

b.    Cadangan pelaburan KPF di dalam Felda Global Ventures semasa peringkat Pra-Penyenaraian

c.    Cadangan melupuskan sebahagian Ekuiti KPF dalam Felda Global Ventures pada tahun 2012 melalui proses penyenaraian Felda Global Ventures dan penjualan ekuiti kepada pelabur;

d.    Hal-hal lain.

15.    Pada 23 hb Disember 2011, empat orang pemegang saham dalam KPF telah memfailkan Saman Pemula di Mahkamah Tinggi Temerloh terhadap KPF dan Felda Global Ventures Holding. Saman tersebut dikemukakan untuk menghalang Mesyuarat Agung Khas KPF pada 5 hb Januari 2012.

16.    Pada 28 hb Disember 2011, aduan kali kedua telah dibuat oleh En Abd Rahman Ramli, peneroka Felda Raja Alias 4 mengenai status Tan Sri Isa Samad.

17.    Setiausaha KPF, Abidin bin Abd Rahman telah mengeluarkan surat bertarikh 30 hb Disember 2011 kepada perwakilan Mesyuarat Agung Khas KPF, membatalkan mesyuarat agung tersebut tanpa dinyatakan sebarang sebab.

18.    Pada 4 hb Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Dato’ Mariana Yahya; telah memperakukan pembatalan Mesyuarat Agung Khas KPF dihadapan peguam Peneroka(pemegang saham-plaintif) dan peguam KPF serta Felda Global Ventures(defendan).



ADUAN

1.    Mengapa mesyuarat Ahli Lembaga KPF pada 22 hb Jun 2011 meluluskan permohonan keahlian Tan Sri Isa Samad sebagai ahli KPF?
Tidakkah ianya bertentangan dengan Undang-Undang Kecil KPF fasal 2 dan fasal 11; di mana hanya peneroka, isteri dan anak peneroka, kakitangan tetap Felda serta Koperasi gabungan KPF sahaja yang layak sebagai ahli KPF?

2.    Apa tujuan YAB Perdana Menteri menulis surat bertarikh 15 hb Ogos 2011 kepada Tan Sri Isa Samad memaklumkan perlantikan beliau sebagai Pengerusi KPF?

3.    Apa kuasa Perdana Menteri untuk mencampuri hal ehwal dalaman sebuah koperasi yang mempunyai undang-undangnya sendiri dan tertakluk kepada Akta Koperasi dan juga Suruhanjaya Koperasi Malaysia?
Kenapa undang-undang dilanggar dengan tidak mempedulikan suara lebih 200,000 ahli-ahli KPF untuk menentukan kepimpinan KPF yang mereka anggotai?

4.    Mengikut peruntukan di dalam seksyen 43 Akta Koperasi 1993 dan juga Undang-undang Kecil KPF sendiri di mana disyaratkan mana-mana ahli sesebuah koperasi yang hendak dilantik atau dipilih sebagai anggota Lembaga sesebuah koperasi itu hendaklah telah genap dua tahun menjadi ahli bagi koperasi itu.
Macamana Tan Sri Isa Samad boleh dilantik sebagai Pengerusi KPF sedangkan beliau baru dua bulan menjadi ahli KPF?

5.    Bagaimana Perdana Menteri boleh memberi persetujuan terhadap perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF yang baru dengan mengenepikan begitu sahaja Dato’ Dzulkifli Abd Wahab yang baru beberapa bulan disahkan perlantikannya sebagai Pengerusi KPF di dalam Mesyuarat Agung KPF 23 hb Jun 2011?

6.    Meskipun kuasa Menteri yang berkaitan halehwal Koperasi boleh mengecualikan penggunaan seksyen 87 Akta Koperasi 1993 mengenai syarat keahlian dua tahun untuk membolehkan seseorang itu dilantik Ahli Lembaga Koperasi(contohnya Tan Sri Isa); namun, adakah kuasa itu mutlak untuk berbuat demikian?
Menteri atau pihak yang berkuasa mengenainya mesti memberikan alasan kukuh kenapa bertindak memberi pengecualian tersebut.

7.    Kenapa hanya selepas seminggu sahaja Tan Sri Isa Samad membuat aduan dan bantahan di SKM, pihak SKM terus sahaja memanggil perbicaraan sedangkan aduan pemegang saham KPF lambat di jawab?
Itupun jawaban kepada pemegang saham begitu kabur.

8.    Mengapa SKM membuat keputusan memaksa KPF menerima keahlian Tan Sri Isa Samad sebagai ahli KPF sedangkan laporan Ketua Audit SKM sendiri menyatakan keahlian Tan Sri Isa Samad dalam KPF adalah tidak sah?

9.    Adakah SKM selaku sebuah Suruhanjaya yang sepatutnya tertakluk kepada undang-undang dan mengamalkan tahap profesionalisme serta intergriti yang tinggi telah menjadi pekakas yang tunduk kepada kepentingan politik pihak tertentu?

10.    Apakah ada ugutan dan tekanan dikenakan keatas Pengerusi Eksekutif SKM untuk membuat keputusan yang menyebelahi Tan Sri Isa Samad?

Sebagai sebuah badan induk yang ditubuhkan pada 12 hb Mei 1971, objektif penubuhan ANGKASA dalam menyatukan 3840 buah koperasi di Malaysia tidak dapat disangkal keberkesanannya.

Justeru kemelut yang melanda KPF ketika ini sesungguhnya menguji kewibawaan ANGKASA dalam menjaga dan memperjuangkan kepentingan koperasi-koperasi seluruh Negara.

Pihak ANGKASA tentu maklum tentang kejayaan KPF sebagai Koperasi Terbaik Negara 2010(kategori Kluster Besar) yang merekodkan perolehan sebanyak RM15 bilion pada tahun 2010. Daripada tahun 1997-2010 purata dividen yang dibayar kepada pemegang saham adalah dalam lingkungan 10-16 peratus. Ini menggambarkan kejayaan besar KPF.

Namun, kebimbangan yang teramat sangat pemegang saham KPF ekoran usaha-usaha berikut yang boleh menjejaskan kepentingan KPF di masa hadapan. Antaranya:-

1.    Cadangan Pelupusan ekuiti milik KPF dalam Felda Holding Bhd dan 10 Anak Syarikat milik Felda Holdings Bhd kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad. Ekuiti milik KPF dalam Felda Holdings adalah 51 peratus dan aset 10 anak syarikat berkenaan yang menjadi kekuatan pelaburan KPF dianggarkan RM3.13 bilion.

2.    Cadangan Pelaburan KPF di dalam Felda Global Ventures Holdings semasa peringkat Pra-Penyenaraian. Felda Global Ventures adalah Syarikat pelaburan Felda yang baru wujud beberapa tahun  dan sangat diragui keupayaannya. Pelaburannya di luar Negara seperti Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, Felda Global Ventures Middle East dan Felda Global Ventures Arabia mencatat kerugian RM500 juta sehingga tahun 2010.

3.    Memperjudikan masadepan KPF kepada Felda Global Ventures yang latar belakangnya begitu buruk sangat berisiko tinggi. Bagaimana mungkin KPF boleh menyandarkan harapan kepada Felda Global Ventures?
Semasa penyenaraian, Felda Global Ventures menerbitkan saham baru sebanyak 20-25 peratus dan ini menyebabkan kepentingan KPF menguncup sehingga 40 peratus. KPF akan menjual 6 peratus daripada pegangan saham yang dimiliki dan pendapatan yang diperolehi dari jualan saham ini diagihkan kepada peneroka sebagai ‘ durian runtuh ‘. Pegangan KPF berkurangan lagi ke paras 35 peratus. Adakah ini percaturan yang betul?


4.    Cadangan melupuskan sebahagian ekuiti KPF dalam Felda Global Ventures pada tahun 2012 melalui proses penyenaraian Felda Global Ventures dan penjualan ekuiti kepada pelabur.

Adakah bijak untuk dipindahkan ekuiti bernilai RM3.13 bilion daripada 10 anak syarikat yang mempunyai entiti berbeza dan di longgokkannya dalam satu entiti dan saham-saham diapungkan di pasaran terbuka?
Kepentingan KPF dalam Felda Global selepas di senaraikan di Bursa Malaysia hanya tinggal sekitar 35 peratus sahaja dan milikan Bumiputera semakin terhakis.

5.    Sehingga kini, Lembaga Pengarah KPF belum menerima kertas lengkap mengenai cadangan Felda Global Ventures ke Bursa Malaysia daripada pihak pengurusan Felda Global Ventures.

Apakah implikasi kewangan keatas KPF dan Felda belum dibincangkan secara konkrit. Persoalan berkaitan struktur ekuiti selepas penyenaraian mengenai pegangan ekuiti peneroka dan kakitangan Felda melalui KPF adakah dapat di kekalkan pun belum dimuktamadkan. Semuanya masih terlalu kabur dan penuh tanda tanya.

6.    Sangat mengejutkan, pegangan saham KPF di dalam Felda Global Ventures sebanyak 35 peratus selepas penyenaraian dipindahkan ke dalam sebuah syarikat pegangan pelaburan baru ( Fund Co) yang ditubuhkan oleh Felda melalui pegangan Saham Keutamaan Boleh Tebus(Redeemable Preference Share). Felda memiliki 100 peratus pegangan saham biasa tertangguh(deffered ordinary shares) di mana semua dividen yang diisytiharkan oleh Fund Co akan disalurkan terus kepada KPF. Felda hanya mempunyai hak mengundi tetapi tidak mempunyai hak ekonomi ke atas dividen yang diisytiharkan oleh Fund Co.

Mengapa Fund Co harus ditubuhkan, siapa yang bakal  terlibat dalam syarikat tersebut dan tujuan sebenar organisasi itu  di wujudkan dalam konteks proses penyenaraian Felda Global Ventures?

PENUTUP

Memorandum ini di sediakan sebagai suatu ikhtiar yang menuntut komitmen ANGKASA selaku payung kepada koperasi-koperasi seluruh Negara. Felda adalah institusi pembangunan tanah yang terbesar di dunia. KPF adalah sebahagian keluarga besar Felda yang menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi Felda.  Pertanggungjawaban ANGKASA dalam mempertahankan situasi ini sangat diperlukan.
Sepertimana SKM, Angkasa juga jangan tunduk kepada kemahuan pihak berkepentingan yang di terajui Tan Sri Isa Samad. Mesti di junjung prinsip ketelusan dan bertindak berani mempertahankan yang hak.

Masa kian suntuk. Meskipun Mesyuarat Agung Khas KPF telah dibatalkan pada 5 hb Januari 2012 yang lalu; ada usaha untuk membawa YAB Perdana Menteri merasmikan Mesyuarat Agung Khas KPF pada tanggal 8 hb Februari 2012.

Agendanya sama. Kempen kotor dan jijik sedang digerakkan. Adalah dipercayai sogokan dan imbuhan istimewa sedang ditawarkan kepada perwakilan. Ini tidak mustahil. ANGKASA mesti bertindak dan memantau perkembangan ini.

Semoga konspirasi jahat yang mahu memfaraidkan aset warga Felda sesama ‘penyamun’ di gagalkan dengan pertolongan Allah SWT, Amin.


MAZLAN ALIMAN
Presiden
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK)