Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 27 Januari 2012

PEMERINTAHAN KERA.......JAAN.



Bayaran gaji kakitangan awam berdasarkan SSM


KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji penjawat awam mulai Februari akan dibuat berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) selepas kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan. 

Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan pembayaran baki perbezaan gaji Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.
"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat selepas semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012," menurutnya.
Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA. - BERNAMA
 



"INILAH JADINYA BILA DIBAGI TERLALU LAMA MEMERINTAH KERAJAAN KEPADA UMNO/BN.PERANCANGAN TIADA, MACAM MANA NAK MELAKSANAKAN.MEGAH DAN RIAK BILA BUAT PENGUMUMAN KEPADA RAKYAT.BILA SAMPAI MASANYA UNTUK MELAKSANAKAN MACAM-MACAM TERJADI.KENAPA TAK BERBINCANG DULU SEBELUM DIUMUMKAN.PERKARA INI BUKAN MACAM NAK BELI CINCIN ATAU NAK SHOPING KAT BUTIK LUAR NEGARA.INI PERKARA MASA DEPAN PENJAWAT AWAM.PERIUK NASI MEREKA.PENJAWAT AWAM TIADA SAHAM DENGAN TAUKE-TAUKE BESAR.LAINLAH MENTERI-MENTERI,MEREKA ADA 'SYER' DENGAN TAUKE-TAUKE BESAR.SMS JE NAK APA,5MINIT SAMPAILAH.OLEH ITU, AYUHLAH SEMUA PENJAWAT AWAM,KITA TUNTUT KEADILAN DAN HAK KITA.JANGAN BIARKAN MARUAH KITA DILETAKAN DI BAWAH TAPAK KAKI ORANG-ORANG YANG TIADAK SERIUS UNTUK MEMBELA KITA.BANGKITLAH SEMUA, KITA UBAH PEMERINTAHAN YANG SEDIADA.AYUH KITA LAKUKAN TRANFORMASI DALAM P/RAYA KE-13 NANTI."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan