Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 21 Januari 2012

ADAT PERPATIH ADAT YANG TERBAIK.

"BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT"


Ungkapan adat "Biar Mati Anak Jangan Mati Adat" ialah tentang undang-undang yang tidak mengenal pangkat dan kedudukan.Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan pasti nakan dihukum,walaupun yang bersalah itu Sultan-Sultan atau kaum kerabatnya,Perdana Menteri atau chulai-chulainya.Bila dah melakukan kesalahan tidak boleh diberi perlindungan.
Ungkapan adat ini telah disalah tafsirkan oleh Datuk Onn pada tahun 1946.Ia pernah menyuarakan sebaliknya "biar mati adat jangan mati anak.".Ungkapan ini seolah-olah ingin melindungi oarang yang melakukan kesilapan.
Oleh kerana itulah, sehingga sekarang pemimpin-pemimpin mahupun chulai-chulai mereka yang melakukan kesalahan tidak diambil tindakan undang-undang.Dalam erti kata lain,Undang-undang di MALAYSIA ini hanya untuk orang-orang kampung (kecuali OKU=Orang Kuat Umno.).Walaupun ia ahli Umno tapi bukan OKU tetap diambil tindakan undang-undang.
Demi untuk membela nasib semua hamba-hambaNYA,saya menyeru kepada semua pengundi-pengundi agar mengundi calon-calon PAS,PKR dan DAP demi memartabatkan dan menegakan undang-undang yang ADIL di negara ini.


PERPATAH PERTITIH


"Jangan jadi bangsa celaka
  Diri sendiri ianya lupa
 Tak tahu aturan lupa agama
 Diberi nasihat masamlah muka
 Lupa diri tak ingat asalnya
 Kepada orang dengkian sahaja
 Syaitan iblis kawan setianya
 Hantu jerangkung saudara maranya
 Pontianak pelesit jiran rapatnya
 Lupa diri lupa ibadat
 Tanah sekangkang hidunya terlaknat
 Hidup bergelumang dalam maksiat
 Orang mengutuk Tuhan melaknat "



Tiada ulasan:

Catat Ulasan